Tuesday, 10 July 2012

Kereta Kabel Di Santubong(Santubong Cable Car)Kedua Terpanjang di Malaysia...


Kereta kabel RM50 juta di Santubong

KUCHING 9 Mei – Kereta kabel kedua terpanjang di negara ini dengan kos RM50 juta akan dibina di Gunung Santubong, dekat sini, bakal menjadi tarikan pelancongan baru di Sarawak.
Projek kereta kabel sepanjang 2,385 meter dua hala itu adalah kedua terpanjang selepas kereta kabel di Genting Highlands sepanjang 2.5 kilometer.
Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, kerajaan negeri memberikan hak eksklusif kepada SCC untuk mereka bentuk, membina dan mengurus projek tersebut secara konsesi selama 60 tahun.
Beliau berkata, ini bermakna SCC diberi hak untuk mengendalikan operasi kereta kabel itu daripada segi jualan tiket, cenderamata, makanan dan minuman, ruang sewaan dan pengiklanan.
‘‘Projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dan pengalaman membina sistem kereta kabel di Langkawi dan projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
‘‘Ia bakal menjadi daya tarikan baru di Sarawak khususnya di Santubong yang memiliki kemudahan pelancongan sedia ada seperti hotel dan kelab golf,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian konsesi di antara SCC dan kerajaan negeri.
Pada majlis itu, SCC diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Abang Nawawi Abang Drahman manakala kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak, Serudu Hoklai.
Menurut Soon Koh, pembinaan sistem kereta kabel itu akan merangsangkan lagi industri pelancongan Sarawak dengan tumpuan utama pelancong dari Sabah, Brunei dan Kalimantan serta pelancong luar yang lain.
Sementara itu, Abang Nawawi berkata, projek sistem kereta kabel ke Gunung Santubong dilengkapi dengan dua stesen, masing-masing di kaki dan puncak gunung berkenaan.

KUCHING 9 Mei – Kereta    kabel    kedua    terpanjang   di    negara    ini    dengan    kos    RM50 juta    akan   dibina   di   Gunung    Santubong,  dekat  sini, bakal   menjadi    tarikan    pelancongan    baru   di    Sarawak.

Projek kereta kabel sepanjang 2,385 meter dua hala itu adalah kedua terpanjang selepas kereta kabel di Genting Highlands sepanjang 2.5 kilometer.
Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, kerajaan negeri memberikan hak eksklusif kepada SCC untuk mereka bentuk, membina dan mengurus projek tersebut secara konsesi selama 60 tahun.
Beliau berkata, ini bermakna SCC diberi hak untuk mengendalikan operasi kereta kabel itu daripada segi jualan tiket, cenderamata, makanan dan minuman, ruang sewaan dan pengiklanan.
‘‘Projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dan pengalaman membina sistem kereta kabel di Langkawi dan projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
‘‘Ia bakal menjadi daya tarikan baru di Sarawak khususnya di Santubong yang memiliki kemudahan pelancongan sedia ada seperti hotel dan kelab golf,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian konsesi di antara SCC dan kerajaan negeri.
Pada majlis itu, SCC diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Abang Nawawi Abang Drahman manakala kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak, Serudu Hoklai.
Menurut Soon Koh, pembinaan sistem kereta kabel itu akan merangsangkan lagi industri pelancongan Sarawak dengan tumpuan utama pelancong dari Sabah, Brunei dan Kalimantan serta pelancong luar yang lain.
Sementara itu, Abang Nawawi berkata, projek sistem kereta kabel ke Gunung Santubong dilengkapi dengan dua stesen, masing-masing di kaki dan puncak gunung berkenaan.


Projek kereta kabel ke Gunung Santubong perlu disegerakan

Projek kereta kabel bernilai RM50 juta ke puncak Gunung Santubong antara destinasi pelancongan popular di sini, perlu dipercepatkan pembinaannya agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke sana, sekali gus memberikan manfaat kepada penduduk sekitarnya.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu secara terperinci dengan syarikat yang akan melaksanakan projek terbabit, tidak lama lagi.

"Kita akan mendapatkan maklum balas syarikat terbabit mengenai kemajuan pelaksanaan projek dan mahu pengambilan penduduk dari kawasan Santubong sebagai pekerja yang mengendalikan kemudahan kereta kabel itu nanti," katanya kepada pemberita selepas ditemuduga oleh Radio Cats.FM di sini, kelmarin.

Projek yang diumumkan pada Mei tahun lalu dilaksanakan oleh Santubong Cable Car Sdn Bhd dan pembinaannya membabitkan gerabak lapan penumpang bergerak menuju ketinggian 769 meter dari stesennya berdekatan kaki bukit di Kampung Budaya Sarawak serta ketiga di negara ini di Genting Highlands dan Pulau Langkawi.

Junaidi berkata, beliau tidak mahu pelaksanaannya tergendala serta memastikan penduduk di kawasan diberikan keutamaan menjadi pekerja atau memberikan peluang perniagaan kepada mereka. "Oleh itu, saya berhasrat menjalankan bengkel keusahawanan secara besaran bagi golongan belia di kawasan Santubong dalam usaha mewujudkan 2,000 usahawan,” katanya.

Beliau berkata, ini perlu kerana penduduk yang kebanyakannya nelayan perlu mempelbagaikan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung kepada pembuatan makanan tradisi seperti belacan dan ikan masin.

Katanya, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai peluang ekonomi yang bakal muncul di kawasan itu dengan pembinaan kemudahan kereta kabel berkenaan, termasuk menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan, sukan memancing atau industri pemerosesan makanan.

Cadangan bina kereta kabel ke puncak Santubong lulus 

SANTUBONG (Kuching): Kerajaan Sarawak akan meneruskan cadangan pembinaan kereta kabel ke puncak Gunung Santubong, setinggi 810 meter sebagai langkah menambah produk pelancongan di negeri ini. 

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pembinaan kereta kabel itu sudah mendapat kelulusan dengan pihak swasta akan menyiapkannya. 

"Sebuah konsortium swasta akan diberi tanggungjawab membina dan menjalankan operasi kereta kabel itu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)," katanya kepada pemberita di sini, semalam. 

Terdahulu, beliau merasmikan Program Peningkatan Kesedaran Minda Pelancongan di Kalangan Masyarakat Setempat Peringkat Parlimen Santubong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM'07) di sini. 

Junaidi berkata, keindahan alam semula jadi dan kisah dongeng adalah antara daya tarikan utama pelancong ke gunung itu. 

"Selain mendaki pengunjung dapat menggunakan kereta kabel itu untuk ke puncaknya," katanya. 

Beliau juga berkata, lebih ramai pelancong akan berkunjung ke Sarawak pada TMM'07 dengan kebanyakan mereka datang bagi menikmati keindahan alam semula jadi, termasuk di Santubong. 

"Justeru, penduduk tempatan mesti mengambil peluang perniagaan yang dibawa oleh pembangunan industri pelancongan di negeri ini," katanya. 

Beliau turut menyeru penduduk kawasan Santubong agar tidak menjual tanah mereka kepada bukan Bumiputera kerana perbuatan ini merugikan mereka. 

Kuching Wetlands National Parks



HUTAN tanah bencah adalah sebahagian daripada sumber alam yang sangat dikagumi kerana ia merupakan ekosistem yang kaya dengan kepelbagaian biologi yang unik.
Sumber dari hutan ini boleh menjana pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, selain berperanan mempengaruhi kestabilan alam sekitar, memelihatra bekalan air bersih, melindungi dan memelihara flora dan fauna serta memiliki nilai estetika yang mempersonakan.
Taman negara itu adalah antara tarikan pelancong terbaru di Bumi Kenyalang, terutama bagi pelancong yang meminati pelancongan alam sekitar dan hidupan liar.
Monyet Proboscis di Kuching Wetland.
Terletak kita-kira 20 kilometer dari Bandar Raya Kuching, ia kaya dengan hutan bakau air masin, dihuni Orang Belanda atau monyet proboscis, monyet macaque iaitu monyet berekor panjang, monyet daun perak iaitu monyet kelabu, biawak dan buaya muara.
Monyet Macaque berekor panjang yang menghuni di Kuching Wetland.
Selain itu, ada beberapa jenis burung termasuk burung raja udang, helang laut perut putih serta burung pesisir pantai seperti bangau botak yang jarang ditemui.
Di muara Santubong dan Sungai Salak terdapat ikan lumba-lumba irrawady.
Kuching Wetland sebelum ini merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sarawak yang mempunyai keluasan 6,610 hektar dan diwartakan sebagai taman negara pada 10 Oktober 2002. Kedudukannya terletak di muara Sibu Laut dan Sungai-sungai di Salak.
Pelancong teruja ketika menyusuri sungai di Taman Negara Kuching Wetland.
Selepas menyedari potensi pelancongan dan kepentingan penjagaan alam sekitar, kerajaan negeri Sarawak memutuskan untuk menguruskan kawasan tersebut.
Pada November 2005, kawasan tersebut dinamakan sebagai tapak Ramsar iaitu kawasan tanah bencah atau lembap.
Untuk meneroka keindahan alam semulajadi, pengunjung perlu menaiki bot sama ada dari jeti Samariang Baru, Pantai Damai, Santubong Resort atau Kampung Telaga Air.
Tetapi awas, sungai-sungai di kawasan taman tersebut dianggarkan dihuni 317 ekor buaya yang kebanyakannya berada di Sungai Lemidin, Sungai Samariang, Lobak Kilong dan Sungai Gelugor.
Menyusuri kehijauan hutan paya bakau di Salak, Kuching Wetland.
Justeru, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, kesedaran mengenai kepentingan tanah bencah kerana masih ramai tidak tahu ia penting dalam kehidupan seharian manusia.
Bencah berfungsi sebagai penuras semulajadi bahan cemar dan sebagai penampan banjir. Selain itu, kawasan bencah dengan kepelbagaian biologi yang penting dalam ekosistem seperti makanan

Sejenis Ikan Lumba-Lumba ,Irrwanddy Dolphins di Muara Santubong,Salak,Pulau Kera,Kuching Wetlands

Pantai Pasir Panjang


Pantai Pasir Pandak















Untuk kali ini, saya ingin mengulas sedikit tentang salah satu tempat tumpuan dan riadah penduduk di sekitar Kuching ini iaitu Pantai Pasir Pandak. Kalau disebut Pantai Pasir Pandak, sekitar penduduk Kuching atau yang telah sampai ke tempat ini pasti sudah mengetahui lokasi pantai tersebut. Tapi, mungkin tidak bagi orang yang berada di luar Bandaraya Kuching.
















Pantai ini adalah pantai awam iaitu dalam kategori pantai bebas daripada mana-mana pegangan organisasi kerana ianya terletak di dalam satu kampung iaitu Kampung Pasir Pandak. Terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching, perjalanan menuju ke Santubong, tidaklah terlalu jauh untuk sampai ke sini. Pantai ini bertentangan dengan Laut China Selatan dan berlatarbelakangkan gunung lagenda negeri Sarawak iaitu Gunung Santubong semestinya memberi satu panorama yang indah bagi pengunjungnya. Tidak jauh daripada pantai itu juga terdapat sebuah pulau yang dipanggil Pulau Kerak seperti yang diceritakan dalam cerita lagenda Puteri Santubong.















Pantai Pasir Pandak tidaklah berapa panjang pantainya, lebih kurang 400 meter hingga 600 meter panjang. Pantai yang bersih dan putih, namun agak kotor pada hujung minggu akibat daripada kehadiran orang ramai yang meningkat pada hari-hari tersebut. Sekali-sekala ada organisasi yang membantu untuk membersihkan pantai ini, terdapat juga penduduk sekitar yang prihatin membantu untuk membuang sampah sarap yang terdapat di pantai ini.















Pantai ini akan dibanjiri orang ramai pada setiap hujung minggu. Aktiviti-aktiviti riadah dan santai sering kali dijalankan dipantai ini oleh organisasi awam dan swasta kerana lokasi pantai yang strategik dan hampir dengan bandaraya Kuching. Pada hujung minggu, pantai ini juga akan dipenuhi oleh para peniaga yang akan mendirikan khemah untuk menjual makanan dan minuman khas untuk pengunjung yang beriadah di pantai tersebut.















Pantai Pasir Pandak kini akan melalui proses pembangunan kerana projek menaiktaraf pantai telah giat dijalankan dan terdapat beberapa bangunan kedai telah didirikan berhampiran dengan pantai ini. Sedikit masa lagi pantai ini akan menjadi salah satu destinasi pelancongan di Kuching dengan adanya kawasan perkelahan, deretan kedai yang sempurna dan kemudahan yang lebih baik bagi pengujung yang datang ke pantai ini akan disediakan sedikit masa lagi. Dengan adanya prasarana yang baik, Pantai Pasir Pandak akan terus menjadi tumpuan pengunjung sama ada dari Kuching mahupun dari luar bandaraya Kuching.

   


SuNsET Pasir Panjang Beach



Talang Satang National Park




Sarawak taman laut negara yang pertama, Talang-Satang telah ditubuhkan dengan tujuan utama pemuliharaan populasi penyu laut Sarawak. Taman terdiri daripada pantai dan laut yang mengelilingi empat pulau pantai barat daya Sarawak; Pulau Talang Besar (Greater Talang Island) dan Pulau Talang Kecil (Lesser Talang Island) off Sematan, dan Pulau Satang Besar (Greater Satang Pulau) dan Pulau Satang Kecil (Lesser Satang Island) off Santubong, berhampiran Kuching. Keempat-empat "Kepulauan Penyu" bertanggungjawab bagi 95% daripada semua pendaratan penyu di Sarawak. Taman itu juga termasuk Pulau Tukong Ara-Banun Sanktuari Hidupan Liar, dua pulau kecil kecil yang penting tapak sarang koloni Bridled Terns dan Terns Hitam-Naped.


Taman Negara Talang-Satang meliputi jumlah kawasan lebih kurang 19.400 hektar (19.4 km persegi), dan terdiri daripada semua tanah di bawah tanda air pasang di pulau-pulau masing-masing, dan lautan di sekeliling jejari 4.8 km daripada titik tertinggi di pulau setiap . Kawasan terumbu cetek yang indah mengelilingi semua empat pulau. Terumbu umumnya terdiri daripada beberapa spesies karang keras dan koloni karang lembut. Mereka menyediakan tempat tinggal dan berehat alasan untuk penyu laut, dan juga penting kawasan pembiakan ikan.




PENYU PEMULIHARAAN Marin

Penyu laut adalah antara makhluk paling lama hayatnya di dunia, dengan banyak mencapai jangka hayat lebih daripada 100 tahun. Perenang anggun yang menghabiskan sebahagian besar di bawah air masa mereka, mereka telah menemui ajal hampir tidak berubah sejak zaman Trias, kira-kira 200 juta tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, tabiat pembiakan yang telah berkhidmat mereka begitu baik untuk sekian lama kini menyumbang kepada kepupusan mereka.
Penyu laut matang perlahan-lahan, hanya bermula untuk membiak di antara umur 30 dan 50 tahun, dan apabila mereka memulakan pembiakan, perempuan biasanya hanya menghasilkan telur setiap empat atau lima tahun sekali. Mereka tidak bertelur pada hanya mana-mana pantai, tetapi berhijrah kembali ke pantai mereka lahir, kadang-kadang di seberang jarak lebih daripada 3,000 km. Bagaimana mereka mencari jalan mereka kembali ke pantai tersebut merupakan salah satu misteri besar alam semula jadi tidak dapat diselesaikan. Ia juga menjadi faktor utama dalam penurunan populasi penyu, kerana sebagai pantai di seluruh dunia telah dibangunkan untuk pelbagai tujuan, penyu tidak dapat berpindah ke tapak tidak terganggu bersarang.



Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kematian penyu sengaja pemburuan penyu untuk daging dan kulit kura-kura; Memungut telur penyu yang tidak terkawal, terperangkap dalam pukat; pemusnahan alasan makanan terumbu karang itu atau katil rumput laut; dan penelanan beg plastik yang beberapa kesilapan spesies untuk obor-obor, sebahagian diet asli mereka. Walaupun di bawah keadaan yang sempurna, kadar kelangsungan hidup adalah sangat rendah. Penyu betina boleh bertelur sebanyak 10,000 telur dalam hayat mereka, tetapi kerana kerugian bersarang kerana pemangsa tanah semulajadi dan pemangsaan oleh ikan sebaik sahaja mereka sampai ke laut, beberapa sebagai 10 rega akan hidup untuk mencapai kematangan.

Lima spesies penyu laut dikenali bersarang di Sarawak, dengan puncak musim penyu bertelur berjalan dari April sehingga September. Setakat ini yang paling penting adalah Penyu Agar (Chelonia mydas), yang mewakili 90% daripada semua pendaratan penyu, terutamanya di pulau-pulau Talang-Satang taman negara. Spesies lain yang kadang-kadang tanah di pulau-pulau Penyu Hawksbill (Eretmochelys imbricata), manakala Ridley Zaitun, sarang Penyu Belimbing dan loggerhead terutamanya di tanah besar. Semua spesies ini ancaman kepupusan di seluruh dunia.

Kerana ancaman kepada penyu laut, program pemuliharaan di bawah cara tiga Talang-Satang kepulauan yang lebih besar, dan juga di Tanjung Datu dan Taman Negara Similajau di tanah besar Sarawak. Telur sama ada dikeluarkan dari sarang dan ditempatkan di pusat penetasan yang dijaga, atau ditinggalkan di tempat dan dikawal sepanjang masa oleh warden Perhutanan Sarawak. Selepas pengeraman 40 hingga 60 hari, rega muda dilepaskan pada waktu malam untuk mengurangkan kerugian daripada pemangsa. Di samping itu, beberapa rega tagged with bersaiz kecil mengesan peranti radio untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ekologi dan kitaran hidup mereka. Program muncul akan berfungsi dengan baik, kerana bilangan pendaratan telah stabil di antara 1,500 hingga 3,000 setahun dalam tempoh 10 tahun, selepas tenggelam ke semasa semua yang rendah di bawah 1,000 pada awal tahun 1980-an.

Satu lagi sebab untuk peningkatan pendaratan penyu adalah program-ball terumbu kejayaan. Lebih 2000 konkrit terumbu-bola telah diletakkan di perairan Taman Negara. Bola tukun tiruan ini bukan sahaja menyediakan habitat yang sedia ada yang dibuat untuk spesies karang, mereka juga menyediakan tempat perlindungan antara-sarang penyu; pembinaan konkrit yang kasar dan berat bola terumbu akan mengoyakkan pukat kepada corak-carik, dan oleh itu menghalang pencerobohan oleh pukat tunda. Ia adalah sukar untuk menentukan dengan tepat apakah perbezaan mereka membuat nombor sebenar pendaratan, tetapi sejak pengenalan terumbu-bola bilangan penyu yang mati ditemui di Talang-Satang telah menurun secara mendadak.

Program pemuliharaan telah dirancang dengan teliti untuk melibatkan masyarakat tempatan. Hak-hak tradisional dan amalan tuan-tuan tanah tempatan, penduduk kampung, dan dan nelayan diiktiraf, dan Perhutanan Sarawak bekerja dalam kerjasama yang erat dengan mereka untuk memastikan penggunaan mampan sumber-sumber yang mereka berhak.




PELAWAT pulau-pulau

Kerana sensitiviti melampau habitat, pengunjung hanya dibenarkan dalam tempoh 2.8km Pulau Talang Besar, Pulau Talang Kecil, Pulau Satang Kecil atau Sanktuari Hidupan Liar Ara Banun oleh perkiraan khas dengan Perhutanan Sarawak. Kebenaran itu biasanya hanya diberikan kepada penyelidik bona fide, pelajar, organisasi pemuliharaan, dan orang yang mengambil bahagian dalam Program Sukarelawan Penyu Laut (lihat bawah).

Pulau Satang Besar, pulau-pulau yang terbesar, yang dibuka kepada pelawat, tetapi pemuliharaan mengambil keutamaan ke atas pelancongan. Bahagian kedua-dua pulau dan laut sekitarnya adalah di luar had kepada pelawat yang perlu berada di dalam kawasan yang ditetapkan dan disertai oleh warden Perhutanan Sarawak pada setiap masa. Walaupun sekatan ini amat perlu, Pulau Satang Besar adalah tempat yang menarik dan indah untuk melawat. Penetasan penyu adalah berasaskan tanah tarikan utama, di mana pengunjung boleh mempelajari semua mengenai program pemuliharaan.

Pulau itu sendiri adalah curam dan tebal hutan, dan tidak sesuai untuk trekking. Walau bagaimanapun, pantai pasir putih merentasi seluruh seluruh sebelah selatan pulau ini. Perairan yang mengelilingi hijau zamrud yang mendalam dengan terumbu karang tidak jauh dari pantai, yang menawarkan kemungkinan snorkeling baik. Dasar laut lereng secara beransur-ansur kepada kedalaman kira-kira 12 meter, dengan beberapa pembentukan batu karang menarik keras, karang lembut, peminat laut gorgonian dan bintang bulu, dikelilingi oleh ikan kecil atendan mereka. Warna boleh menjadi hebat, tetapi tahap penglihatan sering terhad kepada antara 3 dan 10 meter, demikian hanya serius bersnorkel dan menyelam akan melihat batu karang pada tahap terbaik. Ikan pelagik yang besar adalah jarang berlaku, tetapi Penyu Hijau kadangkala boleh dilihat meluncur anggun melalui air.



Menyelam dan snorkeling
Selam skuba dan snorkeling terbatas dalam zon yang ditetapkan sahaja. Tiada aktiviti rekreasi air dibenarkan di luar zon dalam kepentingan pemuliharaan. Penyelam skuba mesti disertakan dengan panduan menyelam yang diluluskan. Tangki menyelam, BCDs yang dan pengawal selia boleh disewa daripada pejabat operasi Perhutanan Sarawak di pulau itu, tetapi perlu ditempah terlebih dahulu. Sila hubungi Pejabat Tempahan Taman Negara di Kuching untuk maklumat lanjut.
Program Sukarelawan Penyu Laut

Program Sukarelawan Penyu Laut Sarawak (SSTVP) yang unik eko-pelancongan inisiatif yang dijalankan oleh Perhutanan Sarawak. Terbuka dari Mei hingga September, program ini didorong oleh pemuliharaan membenarkan sukarelawan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan penyu Sarawak dengan menghabiskan 4 hari di Stesen Pemuliharaan Penyu di Pulau Talang-Talang Besar.

Apabila tiba di pulau ini, sukarelawan diberikan taklimat mengenai program pemuliharaan sebelum tugas yang telah diperuntukkan atau kawasan tanggungjawab. Tugas termasuk rondaan pantai untuk mengesan ketibaan penyu, pemantauan aktiviti penyu bertelur, tagging dan mengukur penyu, memindahkan telur ke tapak penetasan, melepaskan rega, rakaman data dan lain-lain aktiviti pemuliharaan di tapak.

SSTVP ini menawarkan para peserta peluang untuk belajar lebih lanjut mengenai pemuliharaan penyu dan pertemuan yang tidak dapat dilupakan pengalaman dengan penyu laut. Tambahan pula, para peserta mendapat kepuasan mengetahui bahawa mereka sebenarnya menyumbang kepada projek pemuliharaan yang bernilai.

Sila ambil perhatian bahawa Program Sukarelawan Penyu Laut Sarawak tidak sesuai untuk semua orang. Kemudahan-kemudahan penginapan asas dan semua orang dijangka untuk membantu dengan memasak dan pembersihan-up. Sukarelawan menyertai pasukan pakar pemuliharaan berdedikasi yang misinya adalah untuk memantau setiap pendaratan penyu di pulau itu dan seterusnya membantu untuk mengekalkan warisan semula jadi Sarawak. Sukarelawan boleh mengharapkan 'Kembali ke Alam' ganjaran pengalaman tetapi harus ingat bahawa program ini bukan percutian pantai.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Perhutanan Sarawak


PELAWAT KESELAMATAN


Terumbu karang Talang-Satang adalah rumah untuk beberapa makhluk berbisa, termasuk Ular Laut, Ular Karang, stonefish dan Kerang Kon. Ular laut selalunya adalah tidak berbahaya jika tidak terganggu, dan jika dilihat perlu dibiarkan sahaja. Stonefish boleh menyembunyikan diri mereka di dalam lumpur atau pasir di sekitar karang, terutama di air surut, jadi tidak berjalan atau berenang berkaki ayam di sekitar terumbu karang. Kerang kon sangat berbisa dan tidak harus dikendalikan di bawah mana-mana keadaan.

Santubong ^_^



Santubong,sebuah semenanjung kecil yang dikenali sebagai Semenanjung Buntal di Bandaraya Kuching.Jarak untuk ke sana ialah 40 km dari pusat bandaraya...Santubong terkenal dengan sejarah Puteri Santubong dan Sejinjang menjaga negeri Sarawak untuk mendamaikan dua kampung iaitu Kampung Pasir Putih dan Pasir Kuning...



Kemunculan Putera Serapi dari Matang telah menimbulkan rasa iri hati apabila mereka berdua jatuh cinta kepada putera tersebut. Perasaan iri hati kemudian bertukar menjadi dendam hingga menyebabkan pergaduhan. Sumpahan kayangan akhirnya menjadikan Puteri Santubong sebagai Gunung Santubong dan Puteri Sejinjang sebagai Pualu Kera.


Santubong mempunyai tarikan pelancong untuk ke sana iaitu Damai Center,Damai Beach,Damai Lagoon,Damai Resort,Permai Rainforests Resort,Muzium Hidup(Kampung Budaya Sarawak),Mangrove Swamp,Kampung Buntal,Kampung Santubong,Pantai Damai,One Hotel Resort,Green Paradise dan Pulau Kera..





Pantai Damai







Kampung Budaya Sarawak


Semenanjung Buntal




Paradise Green





One Hotel Santubong



Damai Central




Damai Beach




Damai Puri







Permai Rainforest Resort



Kampung Santubong & Kampung Buntal







Pulau Kera



Santubong Mangroves Swamp