Tuesday, 10 July 2012

Kereta Kabel Di Santubong(Santubong Cable Car)Kedua Terpanjang di Malaysia...

Kereta kabel RM50 juta di Santubong

KUCHING 9 Mei – Kereta kabel kedua terpanjang di negara ini dengan kos RM50 juta akan dibina di Gunung Santubong, dekat sini, bakal menjadi tarikan pelancongan baru di Sarawak.
Projek kereta kabel sepanjang 2,385 meter dua hala itu adalah kedua terpanjang selepas kereta kabel di Genting Highlands sepanjang 2.5 kilometer.
Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, kerajaan negeri memberikan hak eksklusif kepada SCC untuk mereka bentuk, membina dan mengurus projek tersebut secara konsesi selama 60 tahun.
Beliau berkata, ini bermakna SCC diberi hak untuk mengendalikan operasi kereta kabel itu daripada segi jualan tiket, cenderamata, makanan dan minuman, ruang sewaan dan pengiklanan.
‘‘Projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dan pengalaman membina sistem kereta kabel di Langkawi dan projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
‘‘Ia bakal menjadi daya tarikan baru di Sarawak khususnya di Santubong yang memiliki kemudahan pelancongan sedia ada seperti hotel dan kelab golf,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian konsesi di antara SCC dan kerajaan negeri.
Pada majlis itu, SCC diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Abang Nawawi Abang Drahman manakala kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak, Serudu Hoklai.
Menurut Soon Koh, pembinaan sistem kereta kabel itu akan merangsangkan lagi industri pelancongan Sarawak dengan tumpuan utama pelancong dari Sabah, Brunei dan Kalimantan serta pelancong luar yang lain.
Sementara itu, Abang Nawawi berkata, projek sistem kereta kabel ke Gunung Santubong dilengkapi dengan dua stesen, masing-masing di kaki dan puncak gunung berkenaan.

Projek kereta kabel ke Gunung Santubong perlu disegerakan

Projek kereta kabel bernilai RM50 juta ke puncak Gunung Santubong antara destinasi pelancongan popular di sini, perlu dipercepatkan pembinaannya agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke sana, sekali gus memberikan manfaat kepada penduduk sekitarnya.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu secara terperinci dengan syarikat yang akan melaksanakan projek terbabit, tidak lama lagi.

"Kita akan mendapatkan maklum balas syarikat terbabit mengenai kemajuan pelaksanaan projek dan mahu pengambilan penduduk dari kawasan Santubong sebagai pekerja yang mengendalikan kemudahan kereta kabel itu nanti," katanya kepada pemberita selepas ditemuduga oleh Radio Cats.FM di sini, kelmarin.

Projek yang diumumkan pada Mei tahun lalu dilaksanakan oleh Santubong Cable Car Sdn Bhd dan pembinaannya membabitkan gerabak lapan penumpang bergerak menuju ketinggian 769 meter dari stesennya berdekatan kaki bukit di Kampung Budaya Sarawak serta ketiga di negara ini di Genting Highlands dan Pulau Langkawi.

Junaidi berkata, beliau tidak mahu pelaksanaannya tergendala serta memastikan penduduk di kawasan diberikan keutamaan menjadi pekerja atau memberikan peluang perniagaan kepada mereka. "Oleh itu, saya berhasrat menjalankan bengkel keusahawanan secara besaran bagi golongan belia di kawasan Santubong dalam usaha mewujudkan 2,000 usahawan,” katanya.

Beliau berkata, ini perlu kerana penduduk yang kebanyakannya nelayan perlu mempelbagaikan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung kepada pembuatan makanan tradisi seperti belacan dan ikan masin.

Katanya, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai peluang ekonomi yang bakal muncul di kawasan itu dengan pembinaan kemudahan kereta kabel berkenaan, termasuk menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan, sukan memancing atau industri pemerosesan makanan.

Cadangan bina kereta kabel ke puncak Santubong lulus 

SANTUBONG (Kuching): Kerajaan Sarawak akan meneruskan cadangan pembinaan kereta kabel ke puncak Gunung Santubong, setinggi 810 meter sebagai langkah menambah produk pelancongan di negeri ini. 

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pembinaan kereta kabel itu sudah mendapat kelulusan dengan pihak swasta akan menyiapkannya. 

"Sebuah konsortium swasta akan diberi tanggungjawab membina dan menjalankan operasi kereta kabel itu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)," katanya kepada pemberita di sini, semalam. 

Terdahulu, beliau merasmikan Program Peningkatan Kesedaran Minda Pelancongan di Kalangan Masyarakat Setempat Peringkat Parlimen Santubong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM'07) di sini. 

Junaidi berkata, keindahan alam semula jadi dan kisah dongeng adalah antara daya tarikan utama pelancong ke gunung itu. 

"Selain mendaki pengunjung dapat menggunakan kereta kabel itu untuk ke puncaknya," katanya. 

Beliau juga berkata, lebih ramai pelancong akan berkunjung ke Sarawak pada TMM'07 dengan kebanyakan mereka datang bagi menikmati keindahan alam semula jadi, termasuk di Santubong. 

"Justeru, penduduk tempatan mesti mengambil peluang perniagaan yang dibawa oleh pembangunan industri pelancongan di negeri ini," katanya. 

Beliau turut menyeru penduduk kawasan Santubong agar tidak menjual tanah mereka kepada bukan Bumiputera kerana perbuatan ini merugikan mereka. 

No comments:

Post a Comment