Tuesday, 10 July 2012

Kampung Budaya Sarawak(Life Museum)


KAMPUNG BUDAYA, SARAWAK






Sarawak memang cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai kaum yang unik dan sukar untuk di dapati di tempat-tempat lain.
Untuk mengetahui latar belakang serta kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak, rasanya tidak cukup jika sekadar dengan membaca buku tanpa melihat sendiri gaya hidup serta suasana penempatan kaum-kaum tersebut.
Oleh sebab itu, Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar diharap mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.
Hanya 35 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta, Kampung Budaya Sarawak merupakan lokasi percutian terbaik untuk seisi keluarga.
"Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun saya rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.
"Apatah lagi saya diberitahu kebanyakan kaum-kaum minoriti di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu dan Melanau juga kini sedang dilanda era kemodenan. Jadi mereka sudah tidak tinggal di dalam rumah yang bercirikan tradisional seperti ini.
"Di Kampung Budaya Sarawak ini, kami dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian yang dipersembahkan di dalam persembahan kebudayaan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.
"Pendek kata Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa," ujar salah seorang pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal.
Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, anak-anaknya cukup teruja kerana berpeluang memasuki rumah kaum Melanau yang sangat tinggi serta kaum Bidayuh yang berbentuk bulat.
Tambah manis apabila para pekerja di Kampung Budaya Sarawak memberikan layanan yang baik dan mesra kepada para pelancong.
"Berlatar belakangkan hutan hujan tropika yang masih elok terpelihara serta Gunung Santubong yang tinggi melangit, saya yakin Kampung Budaya Sarawak akan terus dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa," tambahnya.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang, Kampung Budaya Sarawak yang telah menerima pelbagai anugerah dari dalam luar negara itu diharapkan akan terus terpelihara serta menjadi daya tarikan utama buat para pelancong yang mahu berkunjung ke Sarawak.

2 comments:

  1. Sloty Casino in Las Vegas, Nevada - MapYRO
    Sloty Casino in Las 안산 출장샵 Vegas, Nevada. MapYRO is a registered trademark 충청남도 출장마사지 of LVS 용인 출장샵 Corporation, Inc. It was developed งานออนไลน์ by LVS 안산 출장안마 Corporation as a “Tables

    ReplyDelete
  2. The King Casino | Situs Judi Slot Online Terbaik 2021
    Play online Pragmatic Play Slots at worrione The King Casino - Member Baru & https://septcasino.com/review/merit-casino/ Terpercaya 2021! Rating: https://jancasino.com/review/merit-casino/ 98% · ‎240,388 ventureberg.com/ votes

    ReplyDelete