Tuesday, 10 July 2012

Taman Sahabat


Taman Sahabat



Taman Sahabat terletak diJalan Song, kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandaraya. Terdapat Replika Gergasi Laksamana Zheng He yang pada sejarahnya telah mengetuai Ekspedisi Pelayaran Pertama daripada tujuh pelayaran pada 1405~1433 ke Asia Tenggara.



Taman Sahabat dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 18.5.2006. Taman unik ini adalah hasil hubungan erat diantara Bandaraya Kuching dan Kunming City of China. Dengan itu Taman Sahabat menjadi tarikkan popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong asing.


Taman Sahabat ni dibina sempena persahabatan antara Malaysia dengan Republik Rakyat China. China pun ada menyumbang untuk bina Taman Sahabat ni.

Kalau kita tengok, tempat tu memang cantik dan simbolik. Nampak la ciri-ciri China + Malaysia. Ikut sejarah dulu, Laksamana Cheng Ho ada singgah Tanah Melayu dan Sarawak. Ada hubungan baik kat situ.

Ada pintu gerbang China, konon-konon dekat China la ni. hahah
Jalan terus, nampak satu bangunan ni macam dekat China juga.

Ada jambatan boleh merentas tasik. Dekat tasik tu pun ada fountain, simbolik menggambarkan Laksamana Cheng Ho merentas lautan untuk sampai ke sini.



Dan akhirnya, sampai. Besar tuuu Cheng Ho!

meoww meowww~


Ada baaaaaaaaaaaaaanyak sangat ikan kap dekat tasik tu. Besar-besar semuanya.
Yeahh kami bagi makan ikan~


nice

Negeri-negeri di Malaysia.



simbol-simbol China + Malaysia.. ^_^











wahhhhhhhhh...macam kat Xian,China je...haahaha...

festa Mooncake di Taman Sahabat atau Friendship Park di Jalan Song


Kalau mengikut apa yang tertulis di batu tu, tugu ni dibina bagi memperingati ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia dengan China. 30 tahun tu...lama juga, hope berpanjanganlah persahabatan kita dengan negara China ya.



Selain tugu Laksama Ching Ho, ada batu2 tanda semua negeri dalam Malaysia, sebagai lambang sebuah negara Malaysia yang pelbagai bangsa, budaya dan keunikkannya tersendiri. 



Sudah puas pusing2 and ambil gambar di kawasan tersebut, aku teruskan perjalanan aku yang tak jauhnye ke tempat yang paling menarik pula iaitu....tengok gambar di bawah ni. Seberang dari tempat patung Laksamana Ching Ho.  



Tapi sebelum tu, kita tengok pemandangan sekitar sepanjang ke seberang itu. Nak kata super menarik, taklah juga tapi oklah. Oh ya...kalau tersesat jalan ke...manalah tau. Bolehlah berpandukan anak panah yang ada di papan ni.



Ikut je arah tuju tu, so tak sesatlah...hehehe. Sementara aku menunggu member aku pergi menyahut seruan alam kecil, aku ambil gambar ni. Tempat istirehat. Sesuai sangat untuk couple2 lepak.




Lepas penat berjalan2, aku rehat seketika kat pondok senibina di bawah ni. Cantikkan ukirannya. Rasa dalam taman istana cina tak? Siap berposing sakan aku. Yang tak bestnye gambar kecil sangat, biasalah nak ambil gambar penuh pondok tu.

 


Di dalam atas pondok tu, anda boleh lihat corak seperti gambar di atas. Cantikkan?

Ok...kita teruskan perjalanan kita ke seberang dari tempat tugu Laksamana Ching Ho berada.Di sebelah sana, suasananya ada sikit macam di negara China. Agaknyelah..;0


Kalau anda melintas tambatan or apa namanye..apa2 jelah.

Anda boleh tengok ikan berenang2 riang dalam kolam di taman tu.

Banyak...rasa nak tangkap beberapa ekor..goreng..hehehe.

 

Di pintu depan or belakang taman sahabat ni kita boleh tengok bangunan yang mungkin tempat dewan berkumpul untuk orang cina. Aku pun tak pasti...tak tanyalah pula.

Patung kucing dan panda yang menemani anda duduk tu pun cute.

Aku ada ambil gambar tapi taklah tunjuk kat anda semua.

Simpan buat koleksi katakan.


Nilah rupa pintu or gerbang masuk ke taman sahabat ni.

Maybe yang ni pintu belakangnye.

Cantikkan...macam sebahagian dari ukiran cina di negara China pula.

 

Bagi sesiapa yang tersesat ke apa, boleh rujuk peta taman sahabat ni.

Luas juga kawasan taman ni. Pusing2 situ juga.

Apa2 pun, kalau datang ke Kuching, jangan lupa singgah ke taman sahabat ni.

Lepak sambil tengok ikan...:)


bayaran masuk adalah persua...^_^..
jalan song,kuching....

No comments:

Post a Comment