masih belum wujud lagi. Pemimpin yang diiktiraf di kawasan sekitar Buansa pada ketika terdiridaripada Datu, Tuan, syaikh dan orang kaya. Datu merupakan gelaran yang paling tinggi dalamstruktur politik. Tuan merupakan gelaran yang kedua terpenting selepas datu. Syaikh pulamerupakan tokoh-tokoh agama dan orang kaya pula gelaran untuk rakyat biasa tetapi kaya tetapiada kalanya digelar mantri disebabkan mereka memegang jawatan politik yang tertinggi untuk membeza mereka daripada ahli-ahli kelas pemerintah yang mempunyai jawatan yang sama.
Penubuhan Kesultanan Buansa pada pertengahan abad ke 15 adalah untuk menempatlkaninstitusi politik Islam tetapi tidak menghapuskan unsur-unsur struktur politik yang lama.Berdasarkan ini gelaran Mahasari Maulana Al Sultan yang dianugerahkan kepada sultan pertamaiaitu Sharif al-Hasyim dipakai oleh sultan-sultan yang menggantinya. Gelaran ini bermaksudsultan adalah pemimpin agama. Sementara itu, gelaran yang berunsurkan Hindu dikalangan pemerintah-pemerintah tidak bermakna bahawa penduduk Sulu pada waktu itu iaitu sebelumkedatangan Islam beragama hindu tetapi hanya peminjaman gelaran sahaja. Raja adalah gelaranyang digunakan oleh kerabat di raja tetapi tidak semestinya pemerintah.
Menurut, Cesar AdibMajul kedua-dua sultan ini mempunyai sistem insitusi politik yang sama. Dalam sistem politik,Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi iaitu berperanan sebagai ketua angkatan perang. Sultan juga berperanan sebagai ketua agama dan bergelar “bayangan Allah di muka bumi” (Zil-lullah-ard) serta simbol perpaduan dan keutuhan negeri.
Dalam aspek perdagangan ia melibatkan sultan dan datu-datu. Mereka ini menanammodal yang agak besar dengan pedagang-pedagang Cina. Sulu mengimport sebahagian besar barangan dari Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Antara barangan lain yang diimport ialah barangan kelengkapan perang seperti meriam dan ubat bedil yang diperolehi dari British danBelanda. Menjelang akhir kurun ke-18, Sulu juga menjalankan perdagangan dengan Bugiskhususnya dengan masyarakat Tausug. Menurut Warren, terdapat lebih kurang 14 hingga 15kapal singgah di pelabuhan Sulu setiap tahun.
Hubungan perdagangan dengan China telah
56
Ibid
, hlm. 465.
57
Ini merupakan prinsip asas dalam kehidupan politik dan tidak pernah dipertikaikan oleh sesiapa. Suatu sifat Sultanyang tidak pernah dicabar ialah hak-haknya dalam keagamaan. Sultan melantik Qadi, Imam, Bilal dan Khatib untuk masjid agung. Qadi Besar sentiasa dirujuk mengenai soal perundangan semua hukum yang penting untuk menentukan hukum-hukum itu tidak dilaksanakan bertentangan dengan mana-mana rukun asas Islam. Dalam pemerintahan Sultan Azim ud-Din I dan Harun ar-Rashid, orang Arab pernah memegang jawatan ini. Padaumumnya, para ulama lebih cenderung menyokong dan memperkuatkan kedudukan Sultan yang dianggap sebagai pelindung syari’ah.
58
Ibid,
hlm. 468. Lihat juga Carmen A. Abubakar,
Unsur Islam dalam Budaya Politik Masyarakat Tausug Filipina
,hlm. 205.
59
James Francis Warren.
The Sulu Zone 1768-1898
. Singapore; Singapore University Press. 1981. Hlm. 11.
17
bermula sejak zaman purba tetapi mengikut laporan Dalrymple, pertama kali orang China berniaga di Sulu pada zaman pemerintahan Sahabodin atau Sultan Shahabud Din.
Kesedaran di kalangan penduduk telah bertambah kuat kerana mereka menyedari jikamereka tidak menubuhkan atau tidak memantapkan institusi-institusi Islam, pengaruh Kristianmungkin meresap masuk kepada penduduk. Ini selari dengan pendapat para ulama di yangmenegaskan kedatangan orang Sepanyol itu adalah untuk menghapuskan Islam dari bahagianDarul Islam.
Kemajuan ilmu pengetahuan dengan terdapatnya sistem pendidikan Islam sepertiinstitusi pendidikan, surau, masjid, kitab-kitab agama dan wujudnya para ulama. Sultan yang pertama Syarif al-Hasyim telah mengasaskan beberapa buah sekolah(madrasah) bagi kanak-kanak mempelajari Al-Quran. Madrasah inilah merupakan satu-satu cara semacam bentuk pendidikan dan latihan. Mengikut Hurtado
terdapat bukti tentang wujudnya perbezaan antara peringkat petugas-petugas keagamaan seperti imam, khatib dan lebai. Sumber-sumber Belanda pula ada menyebut tentang
hukum
sebagai suatu istilah yang digunakan oleh rakyat yang bermakna hakim-hakim mereka. Di kalangan golongan ulama pula adalah imam, hakim danqadi. Mereka menjadi tempat rujukan mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ibadah, perkahwinan, zakat, fitrah dan juga mengenai dasar.
5.0KESIMPULAN
Proses islamisasi di Filipina pada masa awal adalah melalui tiga cara, iaitu perdagangan, perkahwinan dan politik. Islam diterima oleh orang-orang Mindanao, Sulu, dan Manila serta dansepanjang pesisir pantai kepulauan Filipina dan seterusnya dapat mengakomodasi dengan tradisitempatan. Proses Kristianisasi oleh Sepanyol menjadi titik tolak kepada perjuangan bagimenegakkan syiar Islam di bumi Filipina. Umat Islam Filipina yang kemudian dikenal dengan bangsa Moro, pada akhirnya menghadapi berbagai hambatan baik pada masa kolonial maupun
60
Apa yang dimaksudkan di sini ialah mula-mula sekali yang menjalankan perdagangan secara tetap. Perdagangantelah berjalan dengan agak tetap diantara pedagang-pedagang China dengan pedagang-pedagang Sulu sepertimanayang terbukti pada tahun 1628 terdapat perdagangan
alcayceria
China di Jolo yang telah dirampas dan kemudiandimusnahkan oleh Sepanyol. Barangan yang didagangkan ialah mutiara dan kulit karangan laut. Hasil-hasil dariwilayah ini dihantar ke Jolo dan ditukarkan dengan barangan lain yang dibawa oleh pedagang – pedagang asing.Cesar Adib Majul,
Islam di Filipina,
hlm. 512.
61
Apabila motif patriotisme bergabung dengan tanggungjawab kepada agama, maka perjuagan untuk menentangKristian bertambah kuat di kalangan penduduk Sulu. Ini ditambah pula dengan ajaran Islam itu sendiri yangmemberikan semangat kenberanian kepada para pejuang yang ingin menegakkan syiar Islam.
62
Melchor Hurtado seorang tahanan kumpulan Jesuit yang ditawan pada tahun 1603 dan pernah hidup selama satutahun dikalangan orang Maguindanao, Sirungan, Raja Buayan serta mengetahui hukum Islam dan tidak makan babidan tidak minum arak. Lihat Cesar Adib Majul,
Islam di Filipina,
hlm. 130-131.
18
pasca kemerdekaan. Bila diteliti ke belakang, perjuangan bangsa Moro dapat dibahagi menjaditiga fasa: Pertama, Moro berjuang melawan penguasa Sepanyol selama lebih dari 375 tahun(1521-1898). Kedua, Moro berusaha bebas dari kolonialisme Amerika selama 47 tahun (1898-1946). Ketiga, Moro melawan pemerintah Filipina (1970-sekarang). Lima abad melawan penjajahan Sepanyol, Amerika, penaklukan Jepun dan Filipina ditempuh bangsa Moro melalui peperangan bagi meraih kemerdekaan.Namun, pembahagian pola pemilikan tanah yang tidak adil dan kebanjiran pendatang luar ke wilayah ini menimbulkan kemarahan bangsa Moro yangmiskin dan tersisih selama ratusan tahun. Akibat dari penindasan, mereka bertekad keluar darikepompong jajahan, melalui peperangan.Dan kini, dunia sering menyalahtafsirkan perjuanganmereka.Kecaman demi kecaman mereka hadapi sehingga ada yang menganggap bangsa Moroadalah pengganas.
Kesimpulannya, Islam masuk Filipina dengan jalan yang berliku dan harus menghadapirintangan dan hambatan dari dalam maupun luar negeri. Pada awal tahun 1970-an, Islam diFilipina merupakan komuniti minoriti dan tinggal di beberapa daerah dan pulau khusus. Dengansuatu pihak bagi kaum minoriti Islam berhadapan dengan kepentingan pemerintah, hinggatimbullah konflik yang berkepanjangan antara pemerintah dan komuniti muslim. Perjuanganorang Islam di Filipina Selatan dapat dianggap sebagai sebahagian daripada warisan seluruh penduduk Filipina dalam sejarah perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan.
63
Menurut Majul, ada tiga alasan utama yang menjadi penyebab sulitnya bangsa Moro berintegrasi secara penuhkepada pemerintah Republik Filipina. Pertama, bangsa Moro sulit menerima Undang-Undang Nasional kerana jelasundang-undang tersebut berasal dari Barat dan Katolik dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kedua, sistem sekolahyang menetapkan kurikulum yang sama tanpa membezakan perbezaan agama dan kultur membuat bangsa Moromalas untuk belajar di sekolah yang didirikan oleh pemerintah. Ketiga, adanya trauma dan kebencian yangmendalam pada bangsa Moro atas program perpindahan penduduk yang dilakukan oleh pemerintah Filipina kewilayah mereka di Mindanao, kerana program ini telah mengubah mereka dari majoriti menjadi minoriti di segala bidang kehidupan.
Ibid,
Islam di Filipina.
Hlm. 311
64
Bagi orang-orang Islam di Sulu, patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya bagi mempertahankan DarulIslam dan ia merupakan satu tanggungjawab yang agung. Unsur-unsur ini mungkin terserap kepada para mujahiduntuk melancarkan jihad menentang penjajah Barat yang didalangi oleh Kristian yang sememangnya menjadi musuhtradisi Islam. Jihad di Selatan Filipina ini bermula sejak 1521 lagi. Mereka menentang penjajahan Sepanyol selama377 tahun (1521-1898). Kemudiannya mereka menentang kuasa kafir Amerika pula selama 47 tahun (1898-1946).Sejak 1970 pula, umat Islam di Selatan Filipina ini telah berjuang menentang kuasa pemerintah Filipina sehingga kehari ini.
No comments:
Post a Comment