Sunday 24 June 2012

Pompeii Kota Kemurkaan


Pompeii Kota Kemurkaan

KEBELAKANGAN ini masyarakat kita digemparkan dengan istilah 'LGBT' ringkasan kepada 'lesbian, gay, bisexual, and transgender' yang cuba dijadikan sebagai suatu gaya hidup yang sah dalam kehidupan masyarakat oleh kelompok manusia yg hidup bertuhankan hawa nafsu dan tidak peduli hukum-hakam dan batas2 agama. 

Pada hakikatnya gaya hidup LGBT yang bertuhankan hawa nafsu bukanlah suatu gaya hidup moden, sebaliknya ia adalah merupakan gaya hidup dari tamadun silam yang cuba di 'hidupkan' semula di zaman moden ini oleh golongan tertentu. 

Fakta dan sejarah mencatatkan banyak kaum pada zaman silam yang punya tamadun hebat dan gah tapi warganya hidup dalam moral yang menyerupai kehidupan 'haiwan' akhirnya lenyap sekelip mata dalam azab yang amat dahsyat lagi pedih tak terperi. Antara yang paling masyhur dan masih jelas kesan-kesan tinggalan tamadun itu dan betapa ngerinya azab ialah 'lenyap' nya bandar Pompeii. PGGP 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

RAMAI yang telah sedia maklum dengan kota purba yang mewah bernama Pompeii, iaitu salah sebuah kota tamadun Rom yang telah hilang ditelan bumi sedalam kira-kira 4 hingga 6 meter, ditimbuni abu dan batuan daripada letusan gunung berapi Vesuvius. Kini kesan-kesan runtuhan kota Pompeii masih dapat dilihat di Naples, Itali.


Pada tarikh 24 Ogos 79 AD, Gunung Vesuvius telah meletus, memuntahkan bertan-tan abu cair, batu gas batu apung dan belerang ke atmosfera. Sebuah 'badai' stim beracun dan lahar panas melanda daerah sekitarnya, membunuh penduduk kota Rom Pompeii, dan kota-kota sekitarnya, Herculaneum dan Stabiae. Pada Bencana selama dua hari itu telah menenggelamkan kota ini selama 1,500 tahun sebelum ditemui semula pada tahun 1599.


kemewahan sosial penduduk pompeii sebelum malapetaka dahsyat berlaku

POMPEII merupakan bandar terkaya zaman purba. Sumber pendapatan yang berlimpah ruah dan hidup mewah. Tidak seperti di bandar lain selama ini, sistem perpaipan sederhana dan keselesaan ada di mana-mana. Begitulah kehidupan bagi mereka yang tinggal di Pompeii, Itali pada bahagian akhir dari 70 AD. Bukan itu sahaja, kota ini juga disajikan dengan pornografi kuno dan pusat hiburan, rumah-rumah pelacuran untuk memenuhi setiap selera.

Pada hari tersebut, umpama hari2 lain, mereka bangun untuk memulakan rutin seharian, sambil menikmati makan tengahari seperti biasa. Tiada langsung tanda2 bahawa mereka akan dilanda bencana dahsyat, apatah lagi dikejutkan dgn letusan gunung berapi.

Larva bergerak 10 mph dan letusan langsung berterusan selama 24 jam, menyebabkan penduduk Pompeii terperangkap dan tidak mampu berbuat apa-apa, sekalipun untuk lari menyelamatkan diri.


Lebih Gambar Sila Klik [LINK]

Menurut Pliny, seorang saksi yang terselamat menceritakan, abu dan asap tebal, awan berwarna gelap pekat, menyelubungi bumi seumpama banjir. Mereka berusaha melarikan diri walaupun keadaan gelap tanpa cahaya. Keadaan ketika itu, sangat gelap, yang mana bukan gelap malam tanpa bulan, tetapi digambarkan seperti kegelapan di dalam bilik tertutup tanpa sebarang cahaya.

Teriakan perempuan boleh didengari di mana-mana, tangisan bayi, dan jeritan lelaki, ada yang memanggil-manggil ibu-bapa mereka, mencari anak dan isteri, masing-masing cuba mengecam mereka dengan hanya mendengar suara.

Mereka meratapi kehilangan keluarga, dan tidak kurang juga memohon untuk mati pada ketika itu juga, kerana tidak sanggup berhadapan dengan bencana yang menimpa. Ada yang memohon pertolongan dewa, dan sesetengahnya sudah hilang kepercayaan kerana telah tenggelam dalam kegelapan yang maha dahsyat.

Keadaan ketika itu, ketakutan, kesedihan dan apa sahaja yang mereka lakukan pada ketika itu, telah terawet dengan sempurna dalam timbunan abu dan larva yang membeku. Kejadian ini telah memberi peluang para arkeologi menghasilkan timeline yang sempurna tentang peristiwa tersebut, dan mengkaji tentang sejarah dan peradaban pada zaman itu.


Lebih Gambar Sila Klik [LINK]

Kota Pompeii terkenal sebagai bandar elit Roman yang terletak di pinggir laut. Kota ini dilengkapi segala kemudahan moden pada zaman itu seperti penyaliran air kepada 25 air pancut di sekitar kota, amphitheater, sekurang-kurangnya 4 tempat mandi awam, ladang-ladang persendirian dan pelbagai jenis perniagaan bagi memenuhi kehendak golongan kaya ketika itu.

Walaupun begitu, kemewahan dan kekayaan kota indah ini ditenggelami abu, batuan dan larva yang membeku hanya dalam masa beberapa jam sahaja.

Masyarakat Pompeii menyembah dewa Phalik. Pompeii menjadi penempatan kepada seramai 20,000 orang. Peristiwa ini berlaku pada saat kota ini dilanda kemuncak kemewahan yang melimpah. Mereka sebenarnya sudah terbiasa dengan gegaran daripada gempa bumi dan letusan kecil sebelum ini.

Malah, pada tahun 62 AD, gempa bumi telah mengakibatkan kota itu menyembah bumi, namun mereka membangunkan semula Pompeii selepas itu. Kebiasaan itu telah menyebabkan mereka menyangkakan hari tersebut seperti hari-hari sebelumnya, dan langsung tidak melarikan diri pada awal kejadian letusan tersebut.

Malapetaka Berlaku Selepas Merai Pesta

Secara ironiknya, letusan itu berlaku selepas pesta meraikan tuhan api, Vulcanalia. Saintis percaya penyebab utama kematian penduduk di situ ialah kerana haba/wap panas yang mencapai hingga 250oC (sekitar 10 batu radius daripada gunung berapi Vesuvius) dan juga sesak nafas akibat abu gunung berapi. Keadaan terburuk dicatatkan apabila mangsa tertimbus di bawah 12 lapisan tanah, sehingga ke dlman 82 kaki secara total, yg berlaku sekurang2nya dlm masa 6 jam.

gambaran artis proses pengalian semula bandar yang tertanam di perut bumi
Penggalian Pompeii pada sekitar abad ke 20 telah menemukan pelbagai gambar-gambar berunsurkan erotisme, bahkan pada menjadi simbol pada barang-barang keperluan di rumah. Penemuan ini memberikan kesan kurang selesa mereka yang menemuinya. Barang-barang tersebut kemudiannya ada yang dimusnahkan, ditanam semula dan ada sesetengahnya disimpan di National Museum of Naples, Italy selama 100 tahun. Barang-barang tersebut hanya dipamerkan bermula tahun 2000, dan kanak-kanak hanya dibenarkan melihatkan sekiranya ditemani golongan dewasa.

Gaya Hidup Penduduk Pompeii Sebelum Mereka Keras Menjadi Batu Selamanya 

Golongan pelacur menerima bayaran 3 kali ganda berbanding pekerjaan-pekerjaan lain di bandar secara puratanya, dan khidmat seksual boleh didapati dengan murah di Pompeii – ini berbeza dengan bandar-bandar lain Eropah pada ketika itu.
Rumah-rumah pelacuran dibina mewah, selesa dan luas. Kanak-kanak didedahkan kepada kegiatan seksual sejak kecil lagi, malah telah menjadi perkara biasa kerana bagi mereka tuhan kesuburan dan tuhan “phallus” adalah merujuk tuhan yang sama. [sumber]

Perbuatan penduduk Kota Pompeii seakan sama dengan penduduk Sodom dan Gomorah,dimana perbuatan maksiat sudah menjadi suatu yang lumrah pada masa itu di Pompeii,ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan yang sangat mengejutkan dari keruntuhan kota Pompeii dan akhirnya Kota Pompeii hilang di telan bumi.

Warga Pompeii Mengeras Bagaikan Batu



SEMOGA APABILA KITA MELIHAT JASAD-JASAD MANUSIA DARI TAMADUN AGUNG SILAM ITU YANG MENGERAS MENJADI BATU
ADA IKHTIBAR DAN PENGAJARAN YANG KITA SEMUA PEROLEHI.

No comments:

Post a Comment